EZIGROW FOLIAR FERTILIZER

Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman.

Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi.

Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman.

Sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

RM148.10

Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalamnya?
Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Ezigrow?
Nilai pH Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.

Kelebihan

  • Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
  • Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.
  • Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.
  • Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.
  • Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.
  • Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
  • Mesra alam dan mudah diuraikan.
  • Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.
  • Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.

Cara Penggunaan

Cara Penggunaan Ezigrow

Weight 4.100 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “EZIGROW FOLIAR FERTILIZER”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top