Hanani Sulaiman atau nama sebenar Nor Hanani Binti Hj Sulaiman adalah anak ke-3 daripada 11 orang adik beradik. Lahir pada 23 September 1980 di Kemaman, Terengganu dan dibesarkan di Pekan, Pahang. Di internet, lebih dikenali dengan nama Hanani Sulaiman.

Berumur 37 tahun pada 2017. Telah berkahwin dan ibu kepada 2 putera dan seorang puteri. Kini sedang menetap bersama keluarga di Kuantan,Pahang.

Seorang ‘surirumah berpendapatan‘ atau lebih familiar dengan usahawan online sepenuh masa. Bergiat aktif dalam bidang Internet Marketing sejak 2014.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendapat Diploma Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang (masa tu MPTAA). Pernah bekerja sebagai Pegawai Pendidikan Lepasan Ijazah DG41 dari tahun 2006 sehingga Dis 2013.

Kini, fokus menjalankan perniagaan internet dari rumah secara sepenuh masa. Dalam masa yang sama, sedang giat berkongsi pengalaman  dan membimbing rakan niaga terutama wanita yang berminat menjalankan perniagaan dari rumah.

Aktif di kebanyakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Semoga dengan perkongsian maklumat di dalam blog ini, dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui mana-mana media sosial.

Nak kenal saya lagi? Pergi ke GOOGLE dan search : “Hanani Sulaiman”