Rawatan Slip Disc : Bagaimana Mengurangkan Rasa Sakit Yang Dialami

Rawatan Slip disc
Kesihatan
29

Bagaimana nak kurangkan rasa sakit?

Pasti inilah yang difikirkan oleh mereka yang menderita slip disc pada setiap hari.

Slip disc atau cakera tergelincir, sering dirujuk sebagai cakera herniasi atau cakera yang menonjol, yang menyebabkan sakit belakang. Kebanyakan orang agak panik selepas didiagnosis bahawa mereka memerlukan rawatan slip disc. Ini disebabkan oleh yang awal menjengah fikiran mereka ialah mereka mesti melalui pembedahan untuk sembuh dari penyakit ini.

Kebenarannya adalah bukan semua pesakit slip disc memerlukan pembedahan. Malah boleh dikatakan bahawa pembedahan adalah jalan terakhir.

 

Jika betul anda mengalami slipped disc dan disahkan melalui pemeriksaan dan MRI, rawatan pertama masih bukannya pembedahan. Rawatan di peringkat awal ialah suntikan epidural steroid dan juga beberapa ubat saraf yang perlu anda makan. Rawatan ini akan memberi kejayaan dalam 30 hingga 40 peratus daripada kes. Jika gejala sakit saraf tidak sembuh selepas tiga bulan rawatan ini, anda boleh memilih sama ada ingin melakukan pembedahan atau suntikan radifrequency atau nucleoplasty untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.

– Dr. Nizar

Dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/tanya-dr-nizar/alternatif-rawatan-slipped-disc-1.40464

 

Kaedah Klinikal

Jika dilihat dari petikan di atas, prosedur yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan slip disc;

  1. Suntikan Epidural Steroid – suntikan yang diberikan untuk mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit.
  2. Ubat-ubatan untuk menahan sakit dan anti-radang
  3. Fisioterapi (tidak disebutkan di atas)
  4. Suntikan radiofrequency

 

Kaedah Konvensional

Disc atau cakera dicipta untuk bertindak sebagai ‘absorber‘ yang membantu badan bergerak dengan cara menyerupai bagaimana absorber dalam kereta berfungsi. Ia terletak di antara vertebra tulang belakang dan membantu menyerap kejutan yang berlaku apabila berada dalam posisi membengkok atau pergerakan lain.

Seperti juga kereta, disk ini juga boleh menjadi rosak dan memerlukan rawatan untuk membetulkannya. Apabila itu berlaku, ia akan sering menyebabkan kesakitan pada struktur berhampiran, termasuk saraf sciatic, yang mengakibatkan rasa sakit.

Apabila menyedari keadaan ini, beberapa keadaan boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan tersebut secara semulajadi, dalam aktiviti seharian;

 

        1. Rehat secara tenang dan relaks.

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya supaya lebih selesa.

Caranya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Atau boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Ia begitu subjektif, tetapi boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda.

Yang penting, jangan berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.

 

        2. Cuba terapi haba atau ais.

Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Cuma boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.

  • Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
  • Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
  • Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
  • Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
  • Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.

Sumber

 

       3. Bertenang.

Solat dan zikir.

Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga ada yang berpunca dari tekanan emosi. Bila kita mampu bertenang dan mengubah fokus, sakit dapat dikurangkan.

Ketika berjalan terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir – gilir di atas bangku kecil yang rendah.

 

       4. Gunakan kusyen.

Cari kusyen dan kerusi sandar yang selesa terutama semasa memandu dan duduk.  Kerusi kenderaan kebanyakkannya membuatkan pesakit slip disc bertambah sakit dan teruk jika memandu terlalu lama.

 

       5. Berenang dan melakukan senaman secara tetap.

Berenang sangat berkesan untuk redakan sakit belakang. Menarikkan. Ha, apa lagi, jomlah ke swimming pool.

Kalau tak tahu, anda boleh bersenam dengan berjalan pantas dan melalukan senaman untuk tulang belakang seperti dalam rajah di bawah ni. 

  1. Pelvic Tilt
    Posisi : baring di atas permukaan yang rata Cara melakukan : keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan Cara melakukan :
    1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah
     Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Cat and camel
    Posisi : merangkak Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan   tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Extension
    Posisi : Merangkak Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai..  Ulangi kaedah ini minima 5 kali

    Sumber

     

    6. Berhati-hati semasa angkat barang dan angkat dengan cara yang betul.

    Pastikan barang di hadapan, dekat dengan badan. Rendahkan badan untuk mengangkat barang terlebih dahulu.

    slip disc, rawatan slip disc

 

           Ini adalah beberapa cara alternatif yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Namun begitu, setiap pesakit mesti mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah terlebih dahulu dan mengetahui keadaan yang sebenar, sebelum membuat apa-apa keputusan.

Slip disc bukanlah penyakit yang boleh dipandang ringan. Risiko kelumpuhan sangat besar untuk setiap pesakit slip disc. 

Oleh itu, bertindaklah mendapatkan rawatan segera sejak ia bermula dengan rasa sakit lagi kerana kemungkinan untuk sembuh jauh lebih tinggi jika dibandingkan bila keadaan sudah menjadi kebas dan lumpuh.

FAKTA: Kebanyakan rawatan konvensional untuk cakera tergelincir hanya berfungsi sebagai penyelesaian bantuan buat sementara bukan untuk jangka masa panjang.

 


Tahukah anda, ada pesakit slip disc yang telah sembuh sepenuhnya walaupun telah terlantar setahun, hanya dengan rawatan secara semulajadi?

Baca di sini

 


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

Betul..diharap apa yang dinyatakan di sini ada manfaatnya. Takdelah terus nak pergi kepada pembedahan yang sangat berrisiko

Sepupu sis pun kena slip disc ni. Now dia setiap minggu ke Chiropractic Clinic. Ada satu belt utk support pinggang pun dia kena rajin pakai. Nanti boleh lah suruh dia baca ni…mana tahu membantu

Ye, elok 0raktikkan selalu. Harap kesakitan boleh berkurangan. Kita yang selalu mengadap komputer dan duduk lama ni pun sangat tinggi risikonya. Perlu berjaga-jaga.

Good sharing. At lesat dapat tahu pilihan yang ada tentang rawatan dan tidak terus buat konklusi pembedahan sahaja sebagai cara sembuh. Cara mengangkat barang tu perlu postur betul. Kadang2 terlupa juga hal ni

29 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kesihatan
40
7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui

7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui   Slip disc berlaku apabila sebahagian cakera di tulang belakang pecah dan gel di dalamnya terkeluar. Ini akan menimbulkan tekanan pada saraf sekeliling dan menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan kepada pesakit. Ramai pesakit tak menyedarinya yang mereka mengalami slip disc ini. Keadaannya …

slip disc
Kesihatan
5 Tahun Cik Nana Slipdisc Tanpa Sebab

Sebelum ni saya banyak menjumpai kaum lelaki yang mengidap slip disc. Namun kaum wanita pun ramai rupanya. Jom kita tengok kisah seorang cik ni. Muda lagi, dan slip disc tak tahu sebab apa. In fact, jatuh pun tak pernah. Sedar-sedar dah 5 tahun rupanya! “Since Nana masuk hospital kena slip disc, ramai …

Slip disc
Kesihatan
2
Slipped Disc: Macamana Boleh Berlaku?

Slipped disc antara penyakit yang semakin dideritai ramai di negara kita sekarang. Macamana sakit ni boleh berlaku ek? Macam semakin hari semakin ramai je, dah la tu.. tak kira lelaki ke perempuan. Dari pengamatan saya, yang lelaki biasanya  disebabkan ‘something wrong’ waktu bersukan. Yang perempuan pulak biasanya lepas bersalin, aktif …