upsr, peperiksaan, anak

Mengiringi Anak UPSR

 

Hari ni hari ketiga anak sulung saya hadapi UPSR. Subjek Matematik hari ni. Jadi hari ke 3 jugaklah saya duk berulang alik ke sekolah.

Fuh, macam ni rupanya keadaan mak yang anak tengah periksa. Berdebar lebih pada calon rasanya! ๐Ÿ˜…

Periksa UPSR je pun.. tu belum SPM lagi ๐Ÿ˜‚

Saya nak share sket lah apa yang saya buat masa kat sekolah tu. Bolehlah jadi panduan untuk ibubapa lain jugak.

Dari pengalaman saya 3 hari ni, apa yang saya buat ni sebenarnya bukan untuk ketenangan anak yang sedang jawab periksa je, tapi juga untuk ketenangan diri ibu bapa juga..hehehe

1. Bagi galakan dan peluk anak sebelum masuk dewan

Setiap pagi, saya hantar anak ke sekolah dan tengok dia masuk dewan. Semasa berjalan dalam barisan nak ke kelas tu, dia salam dan saya peluk dia sekejap sambil bisikkan kata-kata galakan sebagai doa terakhir yang dia dengar dari mulut saya sebelum menjawab hari tu.

2. Baca Yaasin Semasa Anak Sedang Menjawab

Saya suka duduk di luar dewan betul-betul mengadap anak dalam dewan. Saya baca Yaasin dalam keadaan macam tu sambil-sambil mata pandang dia. Memang feel oooo.. habis baca Yaasin, baca 3 Qul dan baca doa. Lepas tu tiup sket menghala ke dia dalam dewan tu. Ala-ala flying kiss gitew. Memang rasa tenang lepas tu dan betul-betul berserah.

upsr, peperiksaan
Kedudukan saya semasa membaca Yaasin

 

upsr, peperiksaan
Ni antara doa yang saya baca masa mengiringi anak UPSR

 

3. Solat Hajat

Habis baca Yaasin mengadap anak tu, saya ke surau sekolah buat Solat Hajat dan Dhuha sekali.

 

Inilah antara usaha ‘last lap’ yang boleh dilakukan.

Alhamdulillah Allah bagi kelapangan waktu untuk saya semasa anak saya yang sulung hadapi peperiksaan ni. Saya bekerja hanya dari rumah, jadi masa boleh adjust sendiri ๐Ÿ˜‰, anak kecik pun takde (yang bongsu pun ada di pra sekolah tu) ๐Ÿ˜Š. Jadi saya gunakan peluang ni sebaiknya. Insyaallah.

Dan suka saya ingatkan ini adalah amalan saya mengikut kemampuan dan niat saya untuk ketenangan anak dan diri saya sendiri. Dan bagi saya, usahalah semampunya supaya ‘ada sebab’ untuk Allah anugerahkan sesuatu. Kerana janjiNya, Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tu mengubahnya sendiri.

Kadang-kadang usaha itu hanyalah syarat. Pemberian sebenar adalah dengan keizinanNya jua. Jadi berusahalah. Dan hasil yang datang pastinya yang terbaik untuk anak, ibubapa, guru-guru dan sekolah, tak kiralah apapun keputusannya. Insyaallah. Amiiin ๐Ÿ˜


Ketahui bagaimana penderitaan Slip Disc anda dapat dikurangkan hanya dengan tidur!

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
“Rawatlah sementara anda masih mampu tersenyum, masih boleh berjalan, dan masih seorang suami sejati!”


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

10 thoughts on “Mengiringi Anak UPSR”

    1. Insyaallah..Amiiin
      Betul, doa dari ibu bapa adalah aset yang tidak ternilai untuk anak-anak. Begitu juga belaian dan kasih sayang anak-anak, aset yang tidak ternilai buat ibu bapa ๐Ÿ˜

  1. Chik pon gitulh nani..tp nani beruntung ada masa terluang..chik dlm kesibukn kerja & kna pulak uzur..chik hnya mampu berzikir utk hanan..wlupun berada didlm kelas..moga kejayaan milik anak2 kita..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *