Persediaan Gadis Calon SPM Ini Menakjubkan

SPM
Keibubapaan
13

Aduh, tersentuh betul dengan pengisian TV Al-Hijrah pagi ni.

Teruja dengar perkongsian dari seorang ibu kepada calon peperiksaan SPM hujung tahun ni.

Lebih teruja dengar bait-bait kata si anak – tentang persiapan yang dilakukan untuk peperiksaan.

al hijrah

PAKEJ LENGKAP!

Itu yang boleh saya katakan.

Persediaan rohani, jasmani, kekuatan dalaman diri sendiri, sokongan keluarga dan kawan-kawan, hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru dan kawan-kawan. Subhanallah.

SPM 2017

Ni antara yang diamalkan dalam aktiviti seharian;

  1. Bangun Awal – Bangun seawal jam 4 – 5 pagi.
  2. Solat Tahajud – Tak tinggal solat sunat Tahajud – kalau tertinggal sehari, rasa lain macam.
  3. Baca Quran – Tak tinggal mengaji Al-Quran setiap hari – kalau tak ngaji terasa pasti ada masalah yang akan datang.
  4. Taat kepada ibu bapa – walaupun di awal rasa agak tertekan bila ibu bapa dan kakak terlalu mengambil berat, sehingga rasa macam takde rehat, namun tetap ikut dan mengambil itu sebagai positif.
  5. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.
  6. Jaga hubungan baik dengan Allah, ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
  7. Pendapat yang paling menyentuh hati saya, yang keluar daripada si dara berumur 17 tahun ni;

“Kita usaha sehabis baik dulu baru bertawakkal. Jangan anggap kita dah solat, mengaji, jadi serah je semua kepada Allah, sedangkan usaha ala kadar. Tak boleh macam tu. Kita usaha bersungguh-sungguh, buat apa je yang kita boleh buat, bersama doa, solat dan mengaji tu, bila dah takde apa kita boleh buat lagi, baru bertawakkal kepada Allah. Doa, solat, baca Al-Quran, all out dulu dalam usaha, baru tawakkal!”

 

Sejuk perut ibu mengandung. Bertuahnya punya anak seperti ini. Namun pastinya ini hasil dari didikan dari ibu bapa yang luar biasa.

Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk semua, bukan hanya calon peperiksaan SPM, namun kita yang bergelar insan, hamba dan khalifah.

 

Best of luck untuk semua calon SPM 2017!


Ketahui bagaimana penderitaan Slip Disc anda dapat dikurangkan hanya dengan tidur!

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
“Rawatlah sementara anda masih mampu tersenyum, masih boleh berjalan, dan masih seorang suami sejati!”


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

Masha Allah beruntung kedua ibubapa dapat anak yang baik akhlak camtu kan. Semoga Allah permudahkan usaha adik2 yang bakal duduki SPM

Kak Su ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

upsr, peperiksaan, anak
Keibubapaan
10
Mengiringi Anak UPSR

  Hari ni hari ketiga anak sulung saya hadapi UPSR. Subjek Matematik hari ni. Jadi hari ke 3 jugaklah saya duk berulang alik ke sekolah. Fuh, macam ni rupanya keadaan mak yang anak tengah periksa. Berdebar lebih pada calon rasanya! 😅 Periksa UPSR je pun.. tu belum SPM lagi 😂 …