7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui

Kesihatan
40

7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui

 

Slip disc berlaku apabila sebahagian cakera di tulang belakang pecah dan gel di dalamnya terkeluar. Ini akan menimbulkan tekanan pada saraf sekeliling dan menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan kepada pesakit. Ramai pesakit tak menyedarinya yang mereka mengalami slip disc ini. Keadaannya bergantung kepada tempat, kesakitan  yang dialami dan kesannya juga berbeza-beza. Berikut adalah beberapa gejala slip disc yang perlu anda ketahui.

1. Sakit di lengan dan kaki

Sekiranya slip disc di bahagian bawah, akan ada rasa sakit yang teruk di bahagian bawah badan seperti punggung, kaki dan paha. Bergantung pada keparahan, kesakitan di kaki juga mungkin dialami oleh sesetengah orang. Sekiranya di bahagian leher, rasa sakit akan terasa di lengan dan bahu. Semasa bersin atau batuk, rasa sakit akan lebih ketara.

2. Kebas

Apabila pesakit mempunyai slip disc, gel akan bocor dan meletakkan tekanan pada saraf, menyebabkan rasa kebas pada bahagian tertentu badan. Apabila anda mengalami rasa kebas, ia mungkin menjadi tanda.

3. Rasa lemah

Otot-otot yang mengelilingi saraf yang cedera akan mula lemah dan ini akan menjejaskan pergerakan anda hari ke hari seperti berjalan dan juga keupayaan untuk memegang sesuatu.

lemah, tanda-tanda slip disc

4. Hilangan kawalan pundi kencing dan usus

Tekanan hebat pada saraf dapat menyebabkan pesakit kehilangan keupayaan mereka untuk mengawal pundi kencing dan usus. Ini adalah tanda komplikasi yang sangat serius dan proses rawatan perlu dicari dengan serta-merta.

5. Kekejangan otot

Apabila cakera menggelembung menekan terhadap ligamen dan saraf, ia menyebabkan kesakitan yang teruk ke kawasan sekitarnya. Oleh itu, otot yang terjejas akan menjadi kejang. Ini sebahagian daripada mekanisme semulajadi badan kita untuk melumpuhkan kawasan yang terjejas dan mengurangkan kesakitannya secara semulajadi.

6. Hilangan kemampuan untuk melakukan kemahiran motor halus

Slip disc juga boleh menyebabkan kemampatan pada saraf tunjang kita, yang membawa kepada kehilangan keupayaan untuk melakukan kemahiran motor halus seperti menulis dan mengikat tali kasut.

7. Rasa (deria) yang tidak normal

Tekanan yang bertindak ke atas saraf boleh menyebabkan pesakit mengalami ‘rasa’ yang tidak normal. Keadaan seperti kejutan elektrik tiba-tiba dapat dirasakan di tempat-tempat seperti lengan dan kaki. Ini bergantung kepada di mana slip disc berada.

           Di atas adalah beberapa tanda-tanda slip disc. Kesemuanya disebabkan oleh tekanan pada saraf yang boleh mengganggu isyarat dari otak ke bahagian lain badan kita. Jika anda mempunyai sebarang gejala, berjumpa doktor dengan segera.

 


Mancari alternatif untuk rawatan slip disc selain pembedahan?

=> https://hananisulaiman.com/produk/

 


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

Alhamdulillah setakat yang diberti tahu dalam artikel ni tak ada lagi tanda-tandan yang dinyatakan moga sihat dah terus dapat bekerja seperti sedia kala. Terima kasih share info ni..

Kebas sikit-sikit bila duduk lama itu biasa. Sebab masa tu darah macam tersekat. Tapi kalau sambil-sambil berdiri pun kebas, semakin kerap, itu beware..

Ruby rasa ruby dah ada tanda-tanda tu. Wuwuwuuww. Tapi takut nak akui. Hahaha. Harap-harap tak teruk lah. Ruby pakai bengkung je sekarang ni untuk selesa duduk lama.

Betul, bengkung antara cara terbaik nak cegah. Namun paling penting berhati2 dan berjaga dalam melakukan aktiviti harian, untuk mencegah dari semakin teruk 😊

sy da ada masalah slip disc dan sy telah berhenti kerja jalan pn x normal da naik tangga or nk bangun susah sikit kaki mcm lemah huhu apa boleh buat benda da jadi

Bunyi mcm sakit je. ya’allah. Adakah ini rasa kesakitan slip disc? Harap harap kena pandai jaga diri kalau macam tu. Imnsyallah boleh pulih balik

Kalau ada tanda-tanda ni lebih baik buat pemeriksaan doktor. Kadang2 sakit tu bukan slip disc. Tapi kalau betul slip disc, buat rawatan masa di peringkat awal lebih baik dan lagi besar peluang untuk sembuh 😊

40 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rawatan Slip disc
Kesihatan
29
Rawatan Slip Disc : Bagaimana Mengurangkan Rasa Sakit Yang Dialami

Bagaimana nak kurangkan rasa sakit? Pasti inilah yang difikirkan oleh mereka yang menderita slip disc pada setiap hari. Slip disc atau cakera tergelincir, sering dirujuk sebagai cakera herniasi atau cakera yang menonjol, yang menyebabkan sakit belakang. Kebanyakan orang agak panik selepas didiagnosis bahawa mereka memerlukan rawatan slip disc. Ini disebabkan …

slip disc
Kesihatan
5 Tahun Cik Nana Slipdisc Tanpa Sebab

Sebelum ni saya banyak menjumpai kaum lelaki yang mengidap slip disc. Namun kaum wanita pun ramai rupanya. Jom kita tengok kisah seorang cik ni. Muda lagi, dan slip disc tak tahu sebab apa. In fact, jatuh pun tak pernah. Sedar-sedar dah 5 tahun rupanya! “Since Nana masuk hospital kena slip disc, ramai …

Slip disc
Kesihatan
2
Slipped Disc: Macamana Boleh Berlaku?

Slipped disc antara penyakit yang semakin dideritai ramai di negara kita sekarang. Macamana sakit ni boleh berlaku ek? Macam semakin hari semakin ramai je, dah la tu.. tak kira lelaki ke perempuan. Dari pengamatan saya, yang lelaki biasanya  disebabkan ‘something wrong’ waktu bersukan. Yang perempuan pulak biasanya lepas bersalin, aktif …