5 Tahun Cik Nana Slipdisc Tanpa Sebab

slip disc
Kesihatan

Sebelum ni saya banyak menjumpai kaum lelaki yang mengidap slip disc. Namun kaum wanita pun ramai rupanya. Jom kita tengok kisah seorang cik ni. Muda lagi, dan slip disc tak tahu sebab apa. In fact, jatuh pun tak pernah. Sedar-sedar dah 5 tahun rupanya!

“Since Nana masuk hospital kena slip disc, ramai sangat-sangat yang call, message, Whatsapp tanya punca Nana kena slip disc. Penyakit ni kadang kita tak tahu punca. Nak kata jatuh tak jatuh. Tapi menda Allah dha tetapkan. Jadi redha & ikhtiar. Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc. Moga boleh jadi pengajaran pada semua .

Pada permulaan dia bertahun Nana dapat sakit belakang yang nak kata teruk tu tak. Tapi sekali kena memang sakit. Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja. 3 bulan jugak merana kebas ni. Asal kul 3,4 pagi terjaga. Jirus kaki dengan air la. Ambik ais tuam kat kaki la. Mandi la.

Bila pergi office asyik tanya kawan. Nana ni kenapa asyik kebas je. Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa. Duduk biasa pun kebas baring pun kebas. Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu. Memang langsung tak selesa. 

Kemudian merebak sakit belakang & tongking (bahagian atas punggung). Nak gelak pun terasa kadang-kadang. Sampai tahap nak bangun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la. Asyik cakap kita ANGIN. Ayat yang sama.

Sampai la 1 masa, seminggu sebelum raya. Keadaan makin teruk. Tengah jalan kaki nak pergi kerja. Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan. Okay seram dah masa tu. Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki. Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .

Sampai pakar doc minta buat MRI. Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang. Dan resultnya yea Nana kena slip disc.

 
sLIP DISC
 

Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan. Sebab itu kaki kanan je yang kebas. Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?

Nana pun balik bincang dengan keluarga. Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU. Nana yang pilih. Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat.

Ramai yang sarankan untuk urut. Bukan tak percaya. Tapi buat la tulang tu makin lari. Yang tanggung sakit kita. Orang yang tak rasa sakit. Lain orang lain cara. Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri. 

Orang tak kena memang tak akan tahu rasa dan derita dia macam mana. Nak duduk tak boleh nak berdiri lenguh, nak baring kebas .

 
Jadi, sebenarnya punca slip disc ni bukan pada jatuh sahaja 

1- Cara duduk kita atas kerusi ( rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)

2- Cara drive / bawa motor
3- Angkat benda berat tapi cara angkat tu tak betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan)
4- Duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak
5- Keadaan kita bila membongkok
6- Bangun dari tido mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja
7- Pelbagai simptom lain
 

Banyak juga la sebab dia. Jangan anggap kita buat sesuatu tu dah betul keadaan badan. Sebenarnya tak. Jaga la diri. Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor.

Sakit sekarang tak kira umur. Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni. Jangan sampai kritikal baru pergi check .

MAJORITI MASA NANA BUAT PHYSIO RAMAI ANAK MUDA. ALLAHU MEMANG TERKEJUT. SEBAB INGATKAN KITA SEORANG. YANG DAH TUA HANYA BEBERAPA KERAT SAHAJA .

Alhamdulillah Nana da keluar wad. Tapi masih kena berehat & physio lagi. Luka injection tu masih terasa. Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati.”

– Siakap Keli

 

Kesian adik ni,kan? 

Bila baca cerita ni saya jadi terkejut sekejap. Selama ni saya anggap slip disc ni agak mudah disedari dan penyebabnya juga jelas. Jatuh, sukan, tergeliat – yang memang empunya diri akan sedar. Rupanya tak!

Dan punya begitu banyak faktor yang menyebabkan slip disc. Kalau tengok faktor-faktor ni, rasanya semua orang berrisiko nak dapat slip disc. Nauzubillah.

Namun walau apa pun, diharap entry ni dapat membantu at least menjadikan kita berwaspada dan serba sikit dapatlah berusaha untuk mengelak dari berlaku pada kita. Selebihnya serah pada Pencipta. Kita merancang, Dia juga merancang, namun sebaik-baik perancangan adalah Yang Maha Esa.

Saya doakan Nana cepat-cepat sembuh seperti sedia kala. Bersabar, sebab Allah hanya uji mereka yang mampu. Dan setiap ujian mengangkat darjat kita sebagai hambaNya Insyaallah. Amiin.


Mencari penawar alternatif untuk slipped disc?

=> https://hananisulaiman.com/produk/


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rawatan Slip disc
Kesihatan
29
Rawatan Slip Disc : Bagaimana Mengurangkan Rasa Sakit Yang Dialami

Bagaimana nak kurangkan rasa sakit? Pasti inilah yang difikirkan oleh mereka yang menderita slip disc pada setiap hari. Slip disc atau cakera tergelincir, sering dirujuk sebagai cakera herniasi atau cakera yang menonjol, yang menyebabkan sakit belakang. Kebanyakan orang agak panik selepas didiagnosis bahawa mereka memerlukan rawatan slip disc. Ini disebabkan …

Kesihatan
40
7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui

7 Tanda-tanda Slip Disc Yang Harus Anda Ketahui   Slip disc berlaku apabila sebahagian cakera di tulang belakang pecah dan gel di dalamnya terkeluar. Ini akan menimbulkan tekanan pada saraf sekeliling dan menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan kepada pesakit. Ramai pesakit tak menyedarinya yang mereka mengalami slip disc ini. Keadaannya …

Slip disc
Kesihatan
2
Slipped Disc: Macamana Boleh Berlaku?

Slipped disc antara penyakit yang semakin dideritai ramai di negara kita sekarang. Macamana sakit ni boleh berlaku ek? Macam semakin hari semakin ramai je, dah la tu.. tak kira lelaki ke perempuan. Dari pengamatan saya, yang lelaki biasanya  disebabkan ‘something wrong’ waktu bersukan. Yang perempuan pulak biasanya lepas bersalin, aktif …