lemak, mamamarvelous

5 Cara Mudah Untuk Kurangkan Lemak Berlebihan Dengan Selamat

Kehidupan kita hari ni semuanya nak cepat. Masa pun rasanya macam cepat je berlalu, kan? Tu juga yang menyebabkan masak pun tak sempat. terpaksa beli makanan di luar. Apalagi bila ibu-ibu bekerja, situasi macam ni memang tak boleh dielakkan.

Namun, yang tak bestnya bila makan di luar ni, kebanyakannya ialah makanan segera, makanan terproses dan makanan bergoreng, yang mengandungi asid lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Bukan itu je, bila lemak dan kolesterol ni berlebihan, selain berat badan akan naik mendadak, anda akan mengalami risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh kurangkan kadar lemak dan kolesterol dalam badan supaya kehidupan kita lebih selesa, tenang dan gembira selalu.

Punca Lemak Berlebihan dan Berat Naik Mendadak

Lemak

Bukan semua lemak tu tak sihat. Badan kita juga memerlukannya dalam diet harian untuk menjalankan fungsi tertentu. Namun pengambilan yang berkebihan tu yang bahaya.

Nak tahu lebih ke tak, kena tahulah dulu dari mana datangnya kan?

Jom kita tengok..

  • Pemakanan

Punca utama yang menyebabkan lemak berlebihan ialah makanan, sebab sumber utama ialah dari makanan.

Punca segala penyakit ialah perut

-Al-Hadis

Antara makanan yang menyumbang kepada isu ini ialah yang banyak mengandungi Asid lemak tepu, kolesterol tinggi dan mengandungi Asid Lemak Trans.

Perlu diketahui bahawa Asid lemak tepu biasanya akan menjadi pepejal pada suhu bilik. Antara sumber makanan yang mengandungi banyak asid ini ialah kulit ayam, lemak ayam dan daging, minyak kelapa, santan, minyak isirung sawit, minyak sapi dan mentega serta produk tenusu tinggi lemak.

Antara sumber makanan yang mengandungi kolesterol tinggi ialah organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan, kepala ikan bilis dan udang, serta telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.

Antara sumber makanan yang mengandungi asid lemak trans ialah kentang goreng, makanan segera yang mengandungi pewarna dan perasa tiruan, Nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera, kek, donat, roti dan pastri.

  • Gaya hidup

Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat juga punca terjadinya isu ini. Ini kerana lemak berlebihan terhasil juga daripada kalori dari pemakanan yang tidak dibakar. Jadi sangatlah enting untuk anda memperbanyakkan aktiviti fizikal seperti bercucuk tanam, berjalan, berbasikal dan turun naik tangga. Senaman 30 minit setiap hari sangat membantu dalam membakar kalori dan mengelakkan ini berlaku.

  • Keturunan

Kajian-kajian telah mendapati bahawa anak-anak di mana ibu bapanya menghidap obesiti mempunyai risiko setinggi 80% untuk menghidap obesiti juga. Jika ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, maka risiko anak-anak mereka untuk menghidap obesiti adalah dianggarkan pada 10% sahaja

Macamana Nak Kurangkan Lemak?

1.Kurangkan lemak dalam masakan

Cara yang paling utama untuk kurangkan lemak berlebihan ialah dengan kurangkan lemak dalam masakan seharian. Sebab kita tahu punca utama kolesterol dan lemak ialah dari apa yang kita makan sehari-hari.

Antara cara yang boleh digunakan;

  • Gunakan ‘Air Fryer’ untuk menggoreng
  • Kalau takde air Fryer, minimumkan penggunaan minyak, dan pastikan minyak betul2 dah panas sebelum menggoreng. Ni utk mengurangkan minyak yang terserap dalam makanan.
  • Buang kulit ayam.
  • Banyakkan guna kaedah mengukus, merebus atau memanggang.
  • Elakkan makanan ringan dan makanan yang telah diproses.
  • Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.

Cara-cara ini boleh menapis kalori dan lemak jahat yang berlebihan dari berada dalam makanan kita.

2. Diet Intermittent Fasting

IF ialah diet berasaskan puasa. Cuma beza dengan puasa,  diet IF membenarkan kita minum air kosong atau minuman yang tidak berkalori semasa ber’puasa’.

Ada banyak kaedah IF yang boleh digunakan ikut kesesuaian masing-masing. Namun saya lebih sarankan 2 jenis ni;

  • Berhenti makan 5 jam sebelum tidur, dan dilanjutkan ketika tidur hingga keesokan paginya.
  • Puasa sunat setiap Isnin dan Khamis – selain matlamat turun berat tercapai, badan lebih sihat dan dapat pahala juga 🙂

Diet ini dapat membantu melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention dan baiki metabolisma badan melalui hormon.

3. 30 minit senaman pagi dan petang

Ada fakta yang mengatakan, untuk membuang 1 paun lemak, anda perlu membakar 3500 kalori!
Di sinilah pentingnya senaman – untuk membakar kalori. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah;

  • Berjalan
  • Jogging
  • Menaiki tangga
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Yoga
  • Zumba
  • Aerobik

Pembakaran lemak boleh mengurangkan defisit lemak tersimpan dan boleh mengelakkan lebihannya berada di dalam badan. 

4. Jadual pemakanan

lemak, diet seimbang

Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan.

Rancang pemakanan harian anda. Ini adalah bagi memastikan makanan yang diambil seimbang sepertimana yang diperlukan oleh tubuh – tidak terlalu kurang dan tidak terlalu berlebihan.

Antara tips yang boleh digunakan untuk merancang pemakanan;

  • Sediakan menu harian yang mengandungi pelbagai jenis makanan bersesuaian dengan Piramid Makanan Malaysia.
  • Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kumpulan nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian sebagai sumber tenaga utama.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Pastikan makan pada waktu yang sesuai dan teratur. Contoh; Sarapan pagi antara pukul 6-9 pagi dan tidak makan malam terlalu lewat.

Dengan perancangan yang teliti dapat memastikan jumlah kalori dapat diambil secara berpatutan dan mengelakkan lemak berlebihan.

5. Minum Prolicious 1 jam selepas makan malam.

Prolicious ialah sejenis minuman kesihatan mengandungi campuran enzim buah-buahan & sayur-sayuran, probiotik dan prebiotik yang membantu memecahkan lemak dan kanji dalam badan dan jadikan molekul-molekul kecil dan senang untuk badan uraikan serta nyahkan terus.

Cara pengambilan Prolicious;

Tambah 1 sachet Proliciuos dengan 200 ml air dan ambil sebelum / selepas makan.

Saya biasanya ambil 1 jam selepas makan malam.

Bila lemak berlebihan dapat dibuang, berat badan pun akan turun. Dan badan akan jadi lebih sihat, risiko penyakit-penyakit kronik pun dapat dikurangkan.

Dalam post ni anda dah belajar 5 cara mudah untuk kurangkan lemak berlebihan dengan selamat, tanpa menyeksa diri dan yang penting tidak menyakitkan. Adalah penting untuk anda manfaatkan kaedah-kaedah ini supaya kesihatan anda terjaga dan akan mengelakkan anda dari diserang penyakit-penyakit kronik yang boleh meragut nyawa.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk share post ni supaya orang lain yang mengalami masalah ini turut dapat manfaatnya.

Kalau sekarang ni anda ada matlamat untuk turunkan berat badan, mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan selesa..

lemak, prolicious
Prolicious

Saya sarankan anda untuk dapatkan Prolicious kerana ia membantu merealisasikan matlamat anda dengan lebih cepat melalui proses penguraian lemak.

Kalau anda berminat untuk dapatkan Prolicious,

Masukkan nama dan email di bawah. Saya akan bawakan anda kepada penerangan lebih jelas berkaitan Prolicious.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top