Bagaimana​ ​Hasilkan​ ​Artikel​ ​Blog​ ​Yang​ ​Menyengat

Blog
Internet Marketing
6

Sebagai orang baru dalam dunia blog, terasa jugak adventurenya bidang ni. Kadang-kadang
rasa blur, kadang-kadang rasa takde idea, kadang-kadang rasa best dan kadang-kadang
seronok jugak.

Korek punya korek, sampailah saya jumpa satu artikel ni, macamana nak tulis blog yang
sebenar. Ada strategi rupanya. Saya ingat main tulis je. Jom saya share kat sini.

1.  Tulis blog ni bukan macam tulis karangan kat sekolah. Takde cikgu atau pemeriksa yang
nak gagalkan kita. Jadi tak perlu terlalu berfakta dan skema. Apa yang penting pembaca
suka, faham dan sebaiknya mendatangkan inspirasi buat mereka.

2.  Nak sampaikan sesuatu, biarlah ada isinya, dan kita tahu apa yang nak disampaikan.
Kalau tak pasti baik buat research dulu. Kita pun tak suka baca cerita yang hanya
‘omongan kosong’, kan? Masukkan data-data yang betul sebagai sokongan dan
gunakan bahasa yang mudah.

blog

3.  Gunakan tajuk yang memukau dan menarik. Ala-ala macam headline memukau tu.

4.  Selain tajuk, ayat-ayat awal juga penting. Pastikan pembaca akan ‘melekat’ di awal
pembacaan, supaya mereka berminat untuk baca lagi dan lagi. Kalau awal-awal
pembaca dah tak suka baca, maka artikel tu takde maknanya.

5.  Hasilkan artikel yang ‘mengenyang’kan pembaca. Maksudnya, tulis sesuatu topik secara
terperinci. Jelaskan sedalam-dalamnya apa jua perkara yang difikirkan perlu. Di sinilah
perlunya kajian dan pengetahuan sebenar tentang sesuatu topik.

6.  Sepertimana keseluruhan blog, macam tu juga dengan kesimpulan. Kesimpulan blog tak
sama dengan kesimpulan karangan SPM. Tulislah kesimpulan secara ringkas dan
straight to the point. Masukkan idea atau pendapat sendiri yang berlainan dengan
kandungan sedia ada. Jangan ada isi yang berulang. Masukkan elemen yang boleh
menarik respon dari pembaca. Nak buat soalan di akhir pun boleh, supaya pembaca
boleh menjawabnya.

7.  Pastikan ‘double-check’ artikel anda, terutama dari segi ejaan, penggunaan bahasa dan
aturan idea dalam artikel.Tambahkan 2-3 gambar yang bersesuaian untuk menjadikan
artikel lebih menarik perhatian dan mudah difahami.

8.  Akhir sekali, PRACTISE MAKE PERFECT. Menulis adalah satu kemahiran. Secara
umumnya takde orang yang dilahirkan terus pandai menulis. Dan tidak ada juga yang
langsung tak pandai. Semuanya tak mustahil jika kemahiran ini digilap dari hari ke hari.

Kadang-kadang tak perlu terlalu mengejar kesempurnaan kerana tiada perkara yang betul-betul
sempurna. Apa yang penting, mulakan dan kumpul pengalaman sebanyak yang mungkin.
Pengalaman guru terbaik. Dari situ akan timbul minat dan kepakaran.

Setuju? 🙂

Ketahui bagaimana penderitaan Slip Disc anda dapat dikurangkan hanya dengan tidur!

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
“Rawatlah sementara anda masih mampu tersenyum, masih boleh berjalan, dan masih seorang suami sejati!”


Subscribe to Blog via Email

Jom subscribe dan jadikan anda orang pertama yang diberitahu tentang post terbaru di blog ini!

Join 221 other subscribers

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Internet Marketing
Pelbagaikan Channel Marketing

Pelbagaikan Channel Marketing Dalam bab pelbagaikan channel marketing ni, cuba hayati kata-kata ni. “Don’t put all eggs in one basket” Tahu tak sebab apa? Ha, kalau letak semua, andai basket tu jatuh, gedebum! Habis semua telur pecah. Make sence? Macam tulah dengan bisnes kita. Jangan bergantung kepada hanya satu channel …